Sunday, 28 February 2010

Usrati..


Ukhuwah Kian Bersemi..

Friends
Friends
The Best Of Friends, Can Change A Frown, Into A Smile, When You Feel Down

It's Time To us..

Kuala Lumpur


Langkah-langkah dalam da'wah telah ditetapkan tanpa melangkaui satu dengan yang lain. Begitulah berjalannya da'wah Islam bermula dengan langkah yang pertama sehingga tebentuknya khilafah Islam. Semuanya harus berjalan dengan serentak dan berganding bahu. Di atas jalan da'wah, tidak wajar bagi kita untuk melangkaui dan membatasi wasilah atau mengambil sebahagian dengan anggapan bahawa yang sebahagian itu sudah mencukupi untuk tujuan dan dapat menyempurnakan tugasan.Sesungguhnya tidak ada Iman tanpa Islam, amal dan pembentukan, begitu juga tidak ada masyarakat Islamiah tanpa rumahtangga yang bi'ah islami. Merekalah merupakan tiang-tiang yang akan membangunkan pemerintahan Islam. Sebarang kecuaian atau kegopohan dalam mengukuhkan dasar dan memancangkan tiang-tiang yang utuh merupakan satu tindakan yang cukup berbahaya dan boleh juga membawa kepada natijah dan kesan yang buruk, cukup untuk menghancurkan matlamat yang sudah terbayang hasil yang tidak seberapa sekiranya tidak ditampal dengan segera. Setiap waktu dan masa yang dicurahkan untuk meletakkan asas sebuah bangunan sepatutnya tidak boleh dianggap sia-sia dan tidak boleh dihentikan selagi hasilnya belum dapat dikecap. Seharusnya bermula dengan setiap susunan batu-bata, pemilihan logam sehinggalah kepada pemilihan bentuk bangunan yang hendak didirikan, perlu dilakukan dengan berhati-hati dan penuh iltizam.

Apa faedahnya jika sebuah bangunan itu siap dan kelihatan megah dari luarannya serta memenuhi citarasa si pemilik bangunan tersebut. Namun kualiti dan tahap keselamatan bangunan tersebut dipertikaikan. Jika sebuah bangunan biasa mampu bertahan dengan gegaran pada skala yang kecil, namun bangunan yang dibina untuk melihat hasilnya dengan cepat dan tidak munasabah tadi, mungkin akan hancur luluh tanpa sempat untuk ditampung kekurangan. Maka sudah tentu kerugian yang sangat besar terpaksa ditanggung disamping masaalah lain yang mungkin akan timbul. Adakah negara Islam yang menjalankan pemerintahan Islam, mempunyai asas-asas yang tidak kukuh dan goyah serta boleh menjatuhkannya pada bila-bila masa? Adakah negara Islam ini yang membawa nur cahaya yang akan memancarkan sinarnya keseluruh alam sebagaimana sepatutnya sebuah negara Islam...! Sudah tentu tidak..





Justeru Daulah Islamiah yang hendak didirikan tersebut perlulah mengikut langkah demi langkah untuk kejayaan dan matlamat yang cukup besar yang akan dikecapi. Kerana itu, gerakan Islam yang sedang menanti saat tersebut perlu punya iltizam dengan pembinaan asas yang padu. Inilah antara bahaya besar apabila suatu gerakan Islam itu terlibat dengan politik demokrasi. Boleh sahaja digunakan perlembagaan dan undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan dengan taktik yang tertentu sepertimana yang berlaku di negeri Perak. Boleh sahaja kita gunakan undi tidak percaya kepada kerajaan yang sedia ada seperti yang dicadangkan Dato' Seri Anuar dulu. Namun cara begitu tidak kita gunakan, kerana mungkin kita masih lagi meneliti kemampuan kita untuk mentadbir sebuah negara dengan asas yang tidak kukuh tadi. Bahawasanya yakinlah, Allah tetap akan memberikan kekuasaan kepada hambanya yang benar. Usaha dan amal yang berterusan perlu dilakukan untuk mencapai target Daulah Islamiah. Itulah bezanya gerakan Islam yang menggunakan proksi politik untuk sebuah negara Islam dengan pihak tertentu yang menggunakannya untuk memerintah negara. Justeru program yang kita atur untuk membina asas yang kukuh, adalah demi matlamat Daulah Islam dan bukan dalam proyek meraih undi semata. Terdapat perbezaan yang amat ketara antara suatu perkara yang dilaksanakan untuk da'wah dan daulah Islam dengan suatu perkara yang dilaksanakan untuk undi dan terus memerintah negara. Kesimpulannya, harus digarap sentiasa bahawa pilihanraya hanyalah suatu proksi, dan kita sama sekali tidak akan terpengaruh dengan mainan kotornya..Juga, adalah penting bagi gerakan Islam untuk berusaha dengan istiamah dan beriltizam dengannya bagi mengukuhkan asas tersebut kerana keyakinan kita bahawasanya "Masa Depan adalah untuk Islam".

p/s ini adalah kefahaman saya dalam memahami langkah-langkah dalam da'wah. Seandainya terdapat kesalahan, saya anjurkan pembetulan. seandainya terdapat perkara yang perlu ditambah, saya anjurkan nasihat dan pendapat.

Cinta Rasul, Cintalah mereka



Luarnya tersenyum, namun batinnya bisa saja terseksa. Luarnya tenang aja, namun fikirannya mungkin saja sarat dengan buah bernas. Katanya mungkin sudah lemah, namun rohnya tetap membara seperti usia mudanya. Tidak aku sangkal roh sakinah sentiasa bersama mereka, dek senyap mereka tanda berfikir, ucapan mereka adalah berzikir. Aku yakin dengannya. Kerana beliau menerima fiqhudda'wah seusai remajanya, melaksanakan pada zaman mudanya, ditetapkan kepadanya zaman kematangannya dan telah diuji pada zaman tuanya.

Saya tidaklah berkemampuan mengatakan lebih daripada itu, kerana ketika tokoh lain menjalankan kerja Islam dan memahaminya dalam keadaan berselindung dan mengelak dari menjadi mangsa penjenayah terhadap Islam, namun beliau tetap terus berhadapan dengan penjenayah-penjenayah itu dan mengalami ujian penyeksaan yang telah mentarbiahkan dirinya. Beliau telahpun membuktikan kejayaannya.. Aku berdoa' kepadaNya supaya diberikan hikmat perjuangan sebagaimana telah diberikan kepada mereka yang telah memenuhi janji kepada Tuhan mereka. p/s mungkin inilah antara cara untukku meraih secebis nilai kasih dari Tuhanku kerana mencintai hambaNya yang soleh dan yang beristiqamah diatas jalan mereka.