Wednesday, 20 July 2011

Orang yang berakal ialah yang Menggunakan Akal

Haiwan yang melata punya habitatnya yang tersendiri
Apa sahaja dapat dicapai manusia untuk mengkajinya
yang ini juga
Walau dimana, manusia dapat menjejakinya
Lautan luas dapat diduga
Kutub kini menjadi kawasan pelancongan
...


Alangkah hebatnya manusia kiranya mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang mereka jejaki dan pelajari. Agama ISLAM meletakkan akal pada suatu tempat yang mulia. Maka menjadilah mereka yang menjadikan akal sebagai cara untuk merapatkan diri kepada Pencipta mereka sebagai suatu pekerjaan yang mulia. Disitulah tanda seorang hamba yang setia, iaitulah mereka yang beriman dan beramal soleh.

waLlahua'lam





Monday, 18 July 2011

Kebenaran Tentang Dusta

BismiLlah.

Cahaya itu bersifat dengan sifat menerangi dan menyuluh. Matahari adalah sumber cahaya. Cahaya matahari yang terbit di ufuk timur menerangi alam yang gelap buat kesekiankalinya. Cahaya alam pagi yang silih berganti dengan malam seolah-olah memberi harapan baru kepada yang kecundang, membuka lembaran lain bagi yang menginsafi, meramalkan masa depan yang cerah kepada yang mencari secebis harapan. Alam sejagat menyambut sinaran cahaya dengan penuh riang-ria untuk permulaan hari yang baru.

Tuesday, 19 April 2011

yang Rosak lagi Merosak bakal berGanti

BismiLlah.

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)."
(Surah Al-Baqarah: 143) 

AlhamduliLah, pada 14-16 April yang lalu usai berprogram bersama Konsultan Team Bina Insan, Ustaz Raja Izani, Sahabat-sahabat dan adik-adik peserta dari Ma'ahad Ar-Rahmah Kenali (MARK). 

Para peserta program terdiri dalam kalangan adik-adik dari tingkatan satu sehingga enam dan para pimpinan MARK.

Program Kepimpinan ini bermatlamat mencetus suatu idea pemikiran untuk memimpin, membina daya kepemimpinan. Ditarbiyah dan mentarbiyah. 


...


Cuti Semester disambung lagi


Saya sendiri tidak faham kenapa tiba-tiba cuti semester bersambung lagi untuk dua minggu. Sedikit terasa dihati, mungkin kerana cuti yang sedang berlangsung hangat dengan program(tidaklah banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan masa yang ada), maka ALlah tambahkan lagi cuti untuk program yang hampir di cancelkan kerana cuti sudah habis.


ALlah..pertanggungjawaban keatas apa yang ada ini mula menuntut untuk terus memberi. 


Semoga ALlah tidak memprogramkan beserta diprogramkan.


Generasi yang Menunggu


Persiapkan generasi masa depan. Masa depan yang cerah.

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pernah menyebut,
"ingatlah bahawa tanggungjawab yang kita pikul lebih banyak daripada masa yang ada."

Suatu kata yang biasa diucap terutamanya dikala memberi nasihat ketika hendak berkenderaan,

"Bawak baik-baik kereta, silap haribulan excdent."

Kenapa takut excdent? Apa yang paling berat selepas excdent?

MATI.

Maka berpesanlah juga,

"Jagalah baik-baik amanah, silap haribulan excdent sebelum bertaubat."

Jagalah amanah sebaik mungkin kerana setiapnya akan ditanya apa yang telah diamanahkan.

Jaga-jaga mereka yang HANYUT dengan arus sepoi-sepoi bahasa!

Diperbatasan sana, ketumbukan kami sedang bersiap siaga untuk menggempur!

 

Keyakinan kami kian memuncak,
Keimanan yang memandu kami untuk berusaha,

Syurga yang dirindui merentap keseronokkan disini.

Hati yang sekian lama menghijab,
Kini terbuka dengan janji-janji yang Pasti,

Dari ALlah Yang Maha Memastikan,

Masa Depan adalah untuk ISLAM..!

Tiada yang lain.

WaLlahua'lam.