Firman Allah SWT:
.. فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
"Maka setelah kamu berusaha, bertawakkallah kepada Allah,
Sesungguhnya Allah mencintai Al-Mutawakkilin (Orang-orang yangbertawakkal)"
(Surah Ali-Imran: 15)
Setelah turun ke bendang berkubang tanah dan air selut
sehingga habis terpercik sampai ke muka. Baju pula basah dengan peluh, mengalir
dari pipi sampai ke tengkuk..kerana lama berada dibawah terik mentari. Nafas
mula turun naik dengan cepat, kaki pula mula terasa lenguh. Tapak tangan sudah
merah, pedih dan berpeluh..tanda-tanda kelelahan mula kelihatan. Tekak juga kering
sampai air liur pun sudah habis.
Demikian syarat bertawakkal itu sendiri adalah usaha sehingga garis penamat. Sampai ketahap mana? Sehingga sudah habis kudrat tulang empat kerat, bila tiada lagi yang tersisa untuk diusahakan kecuali perkara syubhah dan haram, maka bertawakkal lah.


