Thursday, 16 May 2019

KEKASIH HATI



Hakikat cinta, permulaannya kemahuan yang kuat. Pertengahannya adalah kebahagiaan. Dan kemuncaknya adalah kesedihan. Anda yang menangguk cinta pasti merasakannya. .

Begitu jua Ramadhan yang dikasihi. Kini kita bersukacita melaluinya. Sedang Ramadhan sudah menghitung hari meninggalkan kita. .

Hargai dia dan buktikan kasih kita kepadanya. .

Salam 11 Ramadhan. 🌹

Ambang 10 Ramadhan



Ibadah puasa pada bulan Ramadhan memasuki harinya yang kesepuluh. Kerana rasa rindu kepadanya semakin mendakap jiwa, masa mula dirasa begitu cepat berlalu.

Ya, sudah berlalu sepertiga Ramadhan. Bilangan harinya dibilang-bilang oleh segenap hati yang disimbah kerinduan ibadah dan taqarrub kepada Ar Rabbul Jalil pada bulan penuh keberkatan ini..

أياما معدودات

Monday, 6 May 2019

Erti Tawakkal; Ayat 1000 Dinar



Soalan
Salam Dato’ Seri Mufti, saya sering dengar orang sebut tentang ayat seribu dinar. Boleh terangkan kepada saya?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.
Kami bawakan di sini beberapa pandangan ulama tafsir berkaitan ayat seribu dinar ayat 2-3 dalam surah Al-Talaq. Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Maksudnya"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
                                                                                                                                                               (Surah Al-Talaq : 2-3)

Sunday, 17 March 2019

Epilog Seorang Pejuang



Munsyid: Wadi el Jadid

Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..


Thursday, 14 March 2019

WANITA



Kehebatan wanita bukan kerana mereka boleh lakukan apa yang lelaki boleh buat. Tapi kehebatan wanita adalah mereka mampu buat perkara yang lelaki tidak mampu buat.

Wanita itu dihormati kerana kewanitaannya. Apabila mereka membuang kehormatan, mereka juga telah kehilangan penghormatan.

Kewanitaan juga tidak menjadikan wanita lebih rendah. Kerana kelelakian tidak menjadikan lelaki itu lebih tinggi.

Apa yang perlu dilakukan adalah menguruskan perbezaan 2 jantina ini. Bukan menambah 1 jantina lain.

Wallahua'lam

Tuesday, 26 February 2019

Ucapan Tahniah & Doa' Kepada Orang yang Menerima Cahaya Mata



Kelahiran seorang anak adalah detik yang terindah dalam pelayaran bahtera suami dan isteri. Sakit dan pedih yang dtanggung oleh si ibu seakan hilang dihimpit gembira dan syukur.

Air mata lelaki si Ayah pula tumpah pada saat indah itu.