Malam itu kami bertolak pada jam 12.30, flight pkul 3.50 am. Entahlah kenapa, hati saya berkata "Tidak Mahu Pulang". Perasaan yang sebenarnya telah 3 hari mewas-waskan diri, Minta berundur pada saat tiket sudah dibeli, orang-orang sudah diberitahu, persediaan sudah hampir siap.
Syaitan yang menyesatkan ketika matlamat sudah jelas, kemahuan yang sudah benar. Saya bertekad, ada beberapa perkara yang perlu saya pastikan, ada satu- dua benda perlu saya kemaskan. Kerana itu, saya tidak akan berganjak.!
Berdebar
Rupa-rupanya saya seorang saja Melayu Malaysia yang pulang pada hari tersebut. Kali pertama pulang, berseorangan pula tu. Ditambah pula dengan visa pelajar yang sudah mati.
Kawan-kawan kata takde masalah, kena bayar 300 LE ja.
Sangka saya betul, selesai saja ambil tiket, sudah tidak tahu hendak menghala kemana! Aduh..
Berputar sana-sini, saya tekad untuk bertanya abang polis.
Fuh! Tak tahu pula.
Nasib baik jumpa dengan pekerja.
"Ok, follow me."
Sampai ke tempat boarding pass, saya tidak berhenti berdoa' biar dia tidak nampak tarikh visa yang sudah mati tu.
Lama.
"Visa awak sudah mati. Kenapa tidak pembaharu?"
"Saya tidak sempat, sebab ambil tempoh masa lama. Saya pula hendak pulang dalam masa terdekat."
Dengan muka masam, "Awak masuk dalam bilik hujung sana."
Ya Allah. Tolong lah..
"Awak pelajar?"
"Ya." Ringkas.
"Al-Azhar? Ada kad pelajar?"
"Ada."
"Ok. Awak masuk bahagian mana tadi?"
Saya bawa pegawai tersebut ke tempat boarding pass tadi.
"Kenapa tak tanya ada kad pelajar atau tak? Menyusahkan saja."
Hati saya berbisik. Padan muka. Poyo sangat. Haha..
Terbang ke Abu Dhabi
Saya tak pasti kenapa saya terlewat.
"Where are you going? Kuala Lumpur?
"Yes."
"Your flight was already go."
Siap kena tegur lagi, "why are you late.?"
"No, my flight was just arrival."
Berbelit cakap english dengan orang arab.
Ringkas cerita, sebab saya pun tidak pasti salah saya, atau memang flight yang lewat.
Dia pun suruh saya pergi ke tempat sekian-sekian.
Dengan badan yang letih dan mengantuk sebab belum tidur sejak semalam,
"Ok, you go to this place and he will told where you gonna go."
Tanpa banyak tanya, saya terus berlalu. Hati berdebar sebab sudah terlepas flight. Dan tak tahu pula salah siapa.
Berjalan sikit, saya terus bertanya,
"Where's this place.?"
"You straight, then you go to left, then upstairs"
Saya sudah tidak boleh tangkap, apa yang dia bagitahu. Jadi, saya pergi saja kedepan. Bila jumpa pula orang lain,
"Can you bring me to this place?"
"Ok, you go straight, then....,"
Banyak-banyak arahan yang diberi, yang saya mampu tangkap hanya straight.
Kepala saya sudah pening, mengantuk. Tapi nasib baik juga beg yang sepatutnya saya bawa bersama atas flight sudah tersilap masuk kargo. Kalau tak, mahunya berat bawa kesana-kemari. Hampir 40 minit mencari, akhirnya saya bertemu dengan kaunter tempat yang saya perlu pergi.
Ada seorang penumpang nampak sedang marah.
Rupanya lelaki Sudan ini juga daripada Cairo. Baru saya tahu, rupanya flight yang lewat, bukan saya.
Salah Etihad!
Baru saya lega, dan yakin untuk bercakap.
"What wrong actually being?" Saya bertanya.
Geram juga sebenarnya, ditambah pula dengan pegawai tadi, menyalahkan saya sebab lewat.
Dipendekkan cerita, terpaksa tunggu flight seterusnya.
15 jam lagi..!
Aduh.. memang melancong lah saya.
Lebih sejam berputar mencari tempat untuk tebus tempat penginapan yang disediakan, akhirnya tiba di hotel yang disediakan. Fuh! Tak tahu pula berapa harganya. Tapi kalau tengok dalam package, paling murah 2000 dirham. Bilik pula untuk 2 orang.
15 jam menyendiri dalam bilik yang agak mewah.
Masa yang cukup menenangkan. Berfikir.
15 JAM
Agak lama tidak menyendiri dan bersunyi. Salah saya sebenarnya.
Manusia perlu bertenang. Perlu bermuhasabah kerja-buat dia. Matlamat hidupnya, perlu disemak. Jalan yang dilalui sampai ke syurga, atau melencong ke neraka!
• Maka saya menulis. Bila menulis, saya sambil berfikir apa yang mahu ditulis. Apa ayat yang perlu dan rujukan mana yang sepatutnya. Ia memeng memberi kesan dan anda patut cuba.
• Mengaji. Apa tahap pencapaian ilmu pada hari ini? Adakah sudah mencukupi untuk akhirnya dibawa ketengah masyarakat yang pelbagai kemaruknya? Hendak diguna bukan untuk setahun-dua, tapi sampai mati.
3 bulan lepas, saya ada berbual dengan seorang kawan. Saya memang pandang tinggi pada ilmu dan kerajinannya. Ya, kami sekelas sewaktu tingkatan 3 dulu. Lepas tu, sudah tidak sekelas.
Dia bagitahu satu formula. Bila saya banyak mengadu, susah hendak belajar. Kekangan masa dan sebagainya. Dan bagaimana mahu bergerak di Malaysia nanti.
Katanya, saya orang berpersatuan ni hanya perlu capai apa yang dapat. Untuk bahagian rujukan dan permasalahan, boleh rujuknya. Saya fokus hanya kepada perkhidmatan.
Nampak macam logik.
Tapi saya tidak setuju.
Mana boleh dia mengaji, saya kurang. Saya bagitahu, tujuan utama belajar, bukan untuk beritahu orang lain. Tapi untuk diri sendiri dulu. Untuk tenang, khusyuk, pekerti mulia dan sebagainya, perlukan ilmu!
Maka saya tidak setuju. Saya pula yang suruh dia terlibat dengan persatuan, supaya tugas boleh dibahagi-bahagi. Sama merasa berat-ringan, nantinya ilmu sama-sama mencari.
Dia kawan baik saya. Paling dipercayai setakat ni.
Perbincangan belum selesai kawan.
• Perjuangan. Ilmu, menyebabkan kita tahu makna, tujuan dan tanggungjawab hidup. Manusia tidak tenang selagi apa yang dia ketahui, berlaku sebaliknya. Selepas itulah, ia menjadi perjuangan.
Berjuang menegakkan apa yang dia percaya. Semakin kuat bekerja, semakin gembira, kerana itu yang dia percaya.
Dan, mati mempertahankan kepercayaan, adalah kemuliaan baginya.
Justeru, apa penilaian terhadap ini?
Bersambung..
1 comment:
bulehla pahni klau ambo nok bjale abu dhabi demo jo tunjuk aroh hehe
Post a Comment