Tuesday, 27 March 2012

Maafkan Saya


Bermaaf-maafan pada hari raya aidilfitri adalah suatu kebiasaan. Kerana semua orang bermaafan, dan pastilah semua orang sudi memaafkan. Kerana semuanya dalam sukaria hari raya.

Adapun syarat-syarat taubat telah maklum, ada 7 semuanya;
  1. Ikhlas. Ertinya, taubat pelaku dosa harus ikhlas semata-mata karena Allah, bukan karena lainnya.
  2. Menyesali dosa yang telah diperbuatnya.
  3. Meninggalkan sama sekali maksiat yang telah dilakukannya.
  4. Tidak mengulangi. Ertinya, seorang Muslim harus bertekad tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.
  5. Istighfar. Iaitu memohon ampun kepada ALlah atas dosa yang dilakukan terhadap hakNya.
  6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak, atau mereka melepaskan haknya tersebut.
  7. Waktu diterimanya taubat itu dilakukan di saat hidupnya, sebelum tiba ajalnya. Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam : “Sesungguhnya ALlah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi, hasan).
Firman ALlah SWT yang bermaksud,
"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan , laIu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang."
(Al-Maidah: 39)

Terdapat satu syarat yang ditekankan iaitu terhadap dosa seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain, di mana di sebut bahawa sekiranya anda menganiyai seorang anak Adam, mencederakannya atau menyentuh kehormatannya maka hendaklah kamu menebus, kembali haknya.

Jika yang mengenai jiwa hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam).

Jika yang mengenai harta atau barang hendaklah anda mengembalikan semula haknya, dan jika yang mengenai kehormatan maka hendaklah anda memohon kemaatan darinya.

Begitu juga halnya terhadap puasa, sembahyang dan zakat, hendaklah diqada'kan segala yang tidak dilakukan semampu yang boleh dan sesegera yang boleh.

Setelah bertaubat, hendaklah dia meletakkan dirinya diantara takut dan harap. Berharap agar Allah menerima taubatnya dan takut kalau Allah tidak menerima taubatnya.

Bertaubat juga bererti mengakui kebenaran, serta berusaha sesungguh mungkin untuk menegakkannya. Sebagai menunjukkan kesungguhannya bertaubat dan memohon maaf. Kerana taubat, bukanlah dengan kata-kata sahaja. Tapi iltizam dengannya. Memohon maaf, bukan dengan ucapan sahaja. Tapi dibuktikan dengan kelakuan sebagaimana yang digaris oleh Islam.

Kita menyambut baik sesiapa sahaja yang telah bertaubat. Kita juga sudi memaafkan, walaupun mereka memohon maaf bukan pada waktu sukaria, tapi pada waktu keadaan kami terlalu terdesak. Agak sukar untuk kami memaafkan., Jadi buktikannya! Bukan nanti, tapi sekarang.


1 comment:

Muhammad Izzuddin said...

aku..maafkan kamu, tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu.. yang aku maafkan kamu..tolong teruskan hidup jangan sebut namaku~

-jamal abdillah. :)