Monday, 18 July 2011

Kebenaran Tentang Dusta

BismiLlah.

Cahaya itu bersifat dengan sifat menerangi dan menyuluh. Matahari adalah sumber cahaya. Cahaya matahari yang terbit di ufuk timur menerangi alam yang gelap buat kesekiankalinya. Cahaya alam pagi yang silih berganti dengan malam seolah-olah memberi harapan baru kepada yang kecundang, membuka lembaran lain bagi yang menginsafi, meramalkan masa depan yang cerah kepada yang mencari secebis harapan. Alam sejagat menyambut sinaran cahaya dengan penuh riang-ria untuk permulaan hari yang baru.



Demikianlah cahaya matahari, menerangi segala yang gelap tanpa mengira siapa, dimana dan apa. Semuanya menerima suluhan sang suria.Begitulah juga tabiat makhluk, berkehendak kepada cahaya.

"ALlah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk ALlah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah  "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. ALlah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan ALlah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan ALlah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Surah An-Nur: 35)

Nur ALlah sangat dibutuhi manusia. CahayaNya mencetus, menuntun serta memberi kehidupan kepada manusia.

Diantara rumah-rumah saya

Sudah agak lama saya tidak menjenguk blog sendiri yang ibarat rumah diantara rumah-rumah saya. Selainnya, rumah bersama ibu dan ayah, bilik kuliah dan asrama. Disini tempat untuk saya beristirehat. Melepaskan lelah serta menuangkan kelam-kelabu di jiwa. Pendek kata, saya menjadi senang apabila sekali-sekala pulang kesini.

Belakangan ini, banyak juga peristiwa-peristiwa yang menerpa saya dengan agak mengejutkan. Banyak pula yang menjadi natijah kepada diri saya.

Suatu kali, saya kehilangan handset yang baru seminggu menjadi pengganti handset yang lama. Walaupun harganya tidaklah seberapa, namun anda boleh bayangkan sendiri kesusahan apabila kehilangannya. Keadaan bertambah sulit apabila 3 hari kemudian kami akan berprogram. 

Saya ialah antara mereka yang tidak mementingkan sangat aksesori tersebut yang kini menjadi keperluan, bahkan sering terciri barang-barang tersebut. Kiranya, sebab itulah saya sering kena tegur dengan umi dan sahabat-sahabat kerana perangai tersebut.

Biarlah telefon tu..
Tidak lama sebelum itu,s aya dulu pernah sekali tertinggal handset ditempat program. Ketika dalam perjalanan pulang, kami sempat berhenti rehat dirumah seorang sahabat. Saya telahpun perasan terlebih dahulu yang saya tertinggal handset tersebut, tapi  kerana tidak mahu menyusahkan sahabat yang lain yang sudah kepenatan, saya biarkan saja. Ketika dirumah sahabat tersebut, tiba-tiba seorang sahabat bertanyakan telefon saya, kerana pelik saya tidak menjawab apabila dihubungi ketika dalam perjalanan tadi. Saya pun jawab dengan selamba sambil rasa agak bersalah bahawa saya telah tertinggalnya ditempat program. Maka masing-masing menggumam. Saya tersengeh. Hehe...

Sementara yang lain beristirehat di rumah tersebut, saya dan seorang sahabat kembali ketempat program. Setibanya disitu, penat saya mencari. Tapi tidak ketemui. Kami kemudiannya kembali. Setibanya dirumah tadi dan setelah memaklumkan hal yang demikian, masing-masing mengemukankan teori yang kemudiannya memutuskan untuk memaksa saya berulang-alik antara tempat program dengan rumah sahabat saya dengan memerhati dengan baik, kalau-kalau telefon saya tercicir. Saya bantah. Sahabat saya yang lain pula mengetuk kepala saya. Akhirnya kami pulang walaupun tidak ketemui telefon saya. 

Selang dua tiga hari kemudian, saya terjumpa telefon tersebut didalam beg pakaian. Maaflah sahabat sekalian. Betapa saya bersifat tersebut.  

Telefon itu, kini menjadi ujian
Sehari sebelum kehilangan telefon yang baru-baru ini, saya telah terlintas suatu perkara. Bagi saya, penyakit atau apa-apa musibah yang menimpa diri kita adalah suatu kafarah terhadap dosa-dosa yang lalu. Saya kemudiannya telah terlintas, "kalaulah ALlah timpakan demam keatas aku, alangkah baiknya." Kerana agak lama tidak demam, maka saya terfikir untuk mencarinya. Tapi saya tidak juga demam. Sebaliknya telefon pula hilang.

Perkara yang dulunya menyusahkan dan yang selalu menimpa, akhirnya saya sudah lali dan bersedia bila-bila masa untuk meredhainya apabila ia datang. Dan kali ini saya mengharapkan ianya menjadi alat untuk mengkafarah dosa-dosa saya.

Akan tetapi, ALlah lebih tahu bagaimana untuk menguji hambanya.

Dia datangkan perkara yang dulunya tidak pernah menyusahkan dan saya tidak mengambil kisah akannya. Sungguh, ia menguji Iman saya. 

Saya benar-benar beroleh natijahnya.

Firman ALlah Ta'ala yang bermaksud:
"Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Baqarah:160)


waLlahua'lam.

6 comments:

Muhammad Izzuddin said...

assalamualaikum che iqbal.

ha! pendek je. ingat panjang.
hurm, apapun, hebat.

cahaya. cahaya. nur. nur. light. light.

semuanya lambang si 'muhklis'..shewah~

muhammad said...

waalaikassalam..

Din la hebat.
tq.

lambang al-qur'an. berbahasa dengan pekerti al-qur'an.

Nur Sakinah Nabilah, said...

"maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan."

so sekarang macam mana kalau nak contact nta? :)

muhammad said...

gini, guna fb atau cni.. blajar mana loni?

Muhammad Izzuddin said...

assalamualaikum che mukhlis. :)

erm, bakpo x tahu la. sero sedap jah ble bukok blog mu. rahmat sero..huhu~.

singgah jale pete pete nieh. :)

muhammad said...

heh..bereh..ado rumoh trbuko..