Friday, 2 July 2010

Jaga-jaga Muslimah

Sungguh mereka yang membenci Islam itu akan selamanya menaruh dendam kesumat terhadap Islam dan penganutnya, sehinggalah mereka yang berIMAN itu mengikut petunjuk mereka atau mereka lenyap dari dunia ini selamanya. 

Namun Penguasa alam ini telah menyatakan bahawa agama ini tidak akan lenyap walau bagaimana ia diperlakukan. Inilah suatu kepastian yang tiada dalih padanya. Gerakan Kristianisasi pasca moden telah mengambil uslub yang berbeza dan tersangat halus dalam perancangan dakyah mengeluarkan umat yang beriman ini kepada kekufuran. Diantara cara dakyah tersebut adalah dengan memberi bayaran kepada mereka yang sanggup menukar agama mereka. begitulah kiranya kebijakkan mereka dalam gerakan dakyah yang serba kebijakkan.

8."Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman." 9."Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." 10."Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."(Al-Baqarah:8-10)  

Disana terdapat suatu cara yang tersangat halus yang terpalit padanya kejijikan tipu daya. 
Diceritakan kepada kami oleh seorang ustaz tentang teknikal tersebut...  

Pendakyah ini menyusup masuk kedalam pusat pengajian tinggi. Mereka ini Pendakyah Kristian menyamar diri sebagai Mahasiswa yang berminat untuk belajar mengenai agama Islam. Justeru mereka perlukan seseorang untuk mengajar tentang agama Islam. Agaknya siapa yang mereka cari? Nah! Muslimah adalah sasaran mereka. Pendakyah ini kemudiannya telah terjumpa mangsa yang ingin dijeratnya.. 

Pergilah dia kepada Muslimah tersebut untuk bertanya mengenai agama Islam. Biasalah, bila ada orang datang berminat ingin mempelajari tentang Islam tentunya Muslimah tersebut bersemangat memberi penerangan satu persatu mengenai agama Islam. Tidak cukup dengan penerangan, dibeli dan diberi pula buku-buku agama kepada pelajar ini sebagai menambah kefahaman mengenai Islam.  

Untuk bulan yang pertama, segala penerangan dan pengajaran berjalan dengan agak baik. 

'AlhamduliLlah..' dengus Muslimat tersebut. 

Disini si Pendakyah tadi memainkan tipu dayanya.. Mereka berhubung hampir setiap waktu. Akhirnya si Pendakyah tadi, menyatakan kesudiannya untuk memeluk agama Islam. Bersujud dan bersyukurlah Muslimat tersebut apabila si lelaki tadi menyatakan kesudiannya untuk memeluk Islam.  

Langkah pertama selepas memeluk agama Islam, muallaf tersebut perlu belajar cara-cara beribadat mengikut agama Islam. Muslimat tersebut tanpa segan silu menyatakan kesudiannya untuk menjadi orang yang mengajar mengenai hal tersebut. Pagi-petang Muslimat tersebut mengHANTAR berbagai ucapan tazkirah, ayat-ayat supaya si lelaki tersebut bersemangat dalam menunaikan tuntutan agama. Lelaki itu pula sering sahaja bertanya mengenai ibadat dalam Islam. Mereka kerap bertemu di suatu tempat dengan niat ingin berbincang mengenai agama Islam.  

Bulan-bulan berikutnya muncul tanpa disedari..  

Perhubungan ini ternyata eratnya. CINTA mula berputik dihati seorang wanita. Kadang-kadang perbualan mereka berselang-seli ayat-ayat berselindung perasaan masing-masing. Mungkin dahulunya perbualan hanya kerana ALlah, tapi sekarang bercampur aduk. Boleh jugak kalau nak sebut cinta nta~nti. 

Nak dipendekkan cerita, suatu hari si pandakyah itu mengajak muslimat tersebut ke suatu tempat. Seperti biasa, untuk belajar mengenai agama Islam. Muslimat tersebut dengan senang hatinya menyambut denga tangan terbuka, hati bercinta, nafsu melata. Sibuk duk berbincang, si lelaki menyelinap dengan mengajak Muslimat tersebut balik kerumahnya dengan alasan untuk sembahyang berjemaah dan menyambung perbincangan.  

Malam menjelma..  

Usai solat berjemaah, dinner bersama.. Lelaki tersebut menggunakan keromantikannya sebagai seorang lelaki untuk mengajak muslimat tadi ber**** dengannya. Muslimat tersebut berbekalkan iman senipis kulit bawang yang pada mulanya menolak akhirnya menerima permintaan itu dengan alasan mereka ingin berkahwin. 

Akhirnya dia.. WANITA.. Apabila terngadah, banyaklah pula kesannya. Sebaliknya pula kepada lelaki. Muka sudah malu, hati mula resah, fikiran bercelaru, Iman meninggalkan hati yang membusuk.. Lelaki tersebut mula berkata dengan terangnya, "nti, kenapa begitu resah? Dalam agama kristian, berzina sebelum kahwin adalah dibolehkan.." Muslimat tadi akhirnya berjual beli buat kesekian kalinya.. Islam ditukar kristian.. 

TAMAT.  

Bukanlah niat saya untuk merendahkan Iman kaum wanita, malahan sama sahaja lelaki mahupun perempuan. Apa yang ingin saya nukilkan adalah, perencanaan gerakan mengkristiankan orang Islam tersangat licik dan praktikal. 
208."Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata." 209."Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah:208-209) 
  
Saya juga tidak bercerita dengan niat untuk membangkitkan si jijik hingga bercelaru pemikiran para duat, sebagaimana yang berlaku dalam akhbar-akhbar serta majalah-majalah pada hari ini. Semoga sama-sama beroleh pengajaran dan mengambil manfaat. Sebarang kesilapan, mohon kemaafan. WaLlahua'lam

No comments: