Friday, 30 April 2010

Selepas 3 hari

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa dan Yang Maha Memberi atas segala kurnia samaada diawal kelahiran, sehinggalah tercoraknya diri ini pada hari ini. Syukur kerana dilahirkan sebagai MUSLIM bukan KAFIR, mendapat HIDAYAH dan bukannya KESESATAN, IMAN bukannya MUNAFIQ dan nikmat yang lainnya..

Semoga Allah tidak membalikkan HATI ini bahkan menambahkan nikmat sehingga tercatitnya nama ini sebagai TEMAN Rasulullah S.A.W disyurga kelak.. 

 Rasa penting untuk saya mengukir sedikit pengalaman pertama dalam mencari makna MUSLIM serta menunaikan MAKNA Muslim itu dalam menelusuri lorong pengajian pada masa sekarang ini. Sedikit Dugaan Cabaran saya serta sahabat yang lainnya terpaksa kami harung tidaklah begitu besar sehingga menjauhkan kami daripada terus mencari makna MUSLIM (Alhamdulillah). Namun cabaran itu boleh membekukan fikiran kami sehingga tidak lagi dapat memikirkan soal-soal da'wah, jauh daripada TARBIAH jemaah, suasana yang begitu asyik menjamin kelesuan dalam da'wah. Justeru terpaksa berfikir sendiri, mentarbiah diri sendiri.. Jalan kepada hiwal ini belum kami bincangkan bersama.. InsyaAllah, dalam masaalah, ada penyelesaian.. Dalam zahir Suasana suram Dalam suramnya ada terselit sedikit terangnya, dalam gemuruh kegilaan sifat manusia yang JAUH dari FITRAH, lahir Muhammad Rasulullah, dalam waktu-waktu akhir KHILAFAH ISLAM, lahirnya FIKRAH Al-banna mengukir sejarah baru dalam era SUHWAH (kebangkitan) kembali umat PILIHAN agama KEREDHAAN. Semuanya berlaku dalam arahan, dan perancangan Tuhan Yang Maha Esa. Dalam kebimbangan ini, kami mengadu kepadaNya..Justeru doa kami utuskan agar Dia membantu.. Alhamdulillah, seperti yang sepatutnya dari awal hingga akhir tiada yang lebih menyayangi dan memahami kami selainNya. Disini terdapat keistimewaan yang kami kira sangat berguna dalam da'wah dan muhasabah kepada diri kami saat menggapai matlamat seorang Muslim. Bertemu dengan anak-anak yatim Insan mulia kelahiran Rasulullah serta para alim ulama' yang mulia serta dipenuhi keberkatan dalam kehidupan mereka. Hati ibarat dihiris satu-persatu, rasa syukur kian melarat dalam diri saya. Suasana syahdu memenuhi ruangan tiap kali saya bertemu dengan mereka. Pesan Rasul yang mulia sentiasa saya ingat, "sesiapa yang menggosok kepala anak yatim, maka akan akan berguguran dosa-dosanya.." begitulah seingat saya. Mereka ini tinggal berdekatan dengan asrama tempat penginapan kami, dalam satu pagar. Namun yang sangat-sangat menyedihkan hati saya serta sahabat yang lainnya, sebahagian daripada mereka adalah bermasaalah. Mungkin akibat tekanan daripada keadaan mereka kesan kehilangan ibubapa. Penjaga mereka yang kami panggil Abe Yie, kerap berpesan supaya menjaga sebaik mungkin barang-barang kami dan mengingatkan supaya jangan terlalu berlembut dengan mereka. Namun saya punya pendirian sendiri. Saya akan berlembut dengan mereka sehingga mereka punya kepercayaan kepada saya untukberkongsi. Mungkin inilah uslub da'wah yang saya yakin akan memberi kesan baik, seperti mana dalam kehidupan Rasulullah. Walaupun baginda berhadapan dengan mereka yang berniat melakukan kejahatn keatas dirinya, namun dia tetap tersenyum serta sabar. Inilah yang menjadi daya penarik kepada masyarakat sekaligus membuka jalan kepada hidayah supaya mereka memeluk agama Islam. Justeru kami kami berazam dengan bersungguh-sungguh akan memberi perhatian kepada anak-anak yang mulia ini, membimbing mereka supaya kelak menjadi insan harapan ummatan wahidah. Sehingga disinilah catatan untuk 3 hari saya berada ditempat pengajian dalam suasan yang baru dan ghrib ini..

No comments: