Sunday, 24 August 2014

Penjenayah Akhlak



Demi melatih diri supaya berdisiplin dan istiqamah dalam melakukan suatu perkara, maka saya menetapkan supaya mesti ada sekurang-kurangnya 2 posting dalam belog nih untuk setiap bulan. Kalau bulan tersebut tidak cukup, maka mesti diganti pada bulan seterusnya. Maka setahun, perlu ada sekurangnya 24 posting.

Saya akan cuba sedaya mungkin merajinkan diri dan menjauhi dari banyak beralasan daripada merealisasikannya.

Baik ketika saya rajin, malas, bersemangat,lemah, sibuk, relax dan sebagainya, saya akan cuba! Demi sebuah cita-cita kearah menjadi orang beriman. InsyaAllah.

Itulah tekad saya bermula awal tahun 2014 yang lalu.

Akhlak

Baru-baru ini saya dan rakan ada berbual dan bercerita. Dan dalam banyak-banyak cerita, saya meluahkan kekecewaan dan keserabutan saya ketika men'scroll' facebook apabila melihat kepelbagaian manusia di dunia tersebut. Manusia yang daripada pelbagai latar dan pelbagai perangai.

Sebelum isu Menteri Besar Selangor baru-baru ini, saya berusaha menenangkan diri bahawa, "walaupun susah nak jumpa orang yang baik pekertinya, tapi yakinlah masih ada golongan tersebut." 

Sehinggalah timbul isu MB Selangor, nampaknya golongan tersebut makin mengecil. Semua orang terlibat dalam jenayah akhlak ini. Daripada semiskin manusia kepada bangsawan. Profesional sehingga agamawan. Pendakwah dan orang jalanan. Semuanya tidak terlepas dari perbuatan ini.

Lancarnya mulut dan tangan mencaci, menghina, membuka aib dan sebagainya. Sesudah puas hati mengomen dan membuat status maka mereka mencuci mulut dan tangan dengan memberi ceramah, tazkirah, motivasi tanpa ada sedikit rasa bersalah terhadap jenayah yang telah dilakukan.

Sabda Nabi SAW:




Disini saya sertakan video rakaman ceramah. Supaya kebaikannya dapat kita kongsi bersama.

SS Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Kaitan antara Tasawuf dan akhlak


Ustaz Azhar Idrus



DR Asri Zainal Abidin


Ust Hasrizal Abdul Jamil


Juga disini


Lain-lain, boleh lah anda cari sendiri. 

Selamat menonton dan beramal!

Friday, 25 July 2014

Janji Malam Terakhir Ramadhan



Terinspirasi daripada lagu kumpulan Wali Band. Tapi liriknya lain.

Saya pula lebih menghayatinya dengan maksud yang tersendiri. 

Ramadhan sudah hampir berlalu.

Apakah Allah akan terus mencurah rahmatNya setelah Ramadhan ini? Apakah kita akan menjadi baik dan soleh seperti dalam Ramadhan, selepas ini?

Kadang-kadang, rasa seperti ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah dulu.

Setelah tawaf perpisahan, solat sunat, minum air zam-zam dan berdoa,kemudian istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan mengucupnya atau mengisyarat jika tidak dapat mengucupnya.

"Setelah itu berjalan keluar dari Al-Haram dalam keadaan muka menghadap ke arah pintu dan berpaling berkali-kali ke Kaabah, teragak-agak untuk meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala."


Bilakah kita akan berjumpa lagi?



Aku takkan berhenti,
Walau peritnya cubaan mendatang,
Payahnya nak berbuat amal,
Pedihnya menahan cacian,

Aku takkan berhenti,
Walau doa' belum dimaqbul,
Cahaya belum kelihatan,
Pintaku belum dijawab.
Tapi akan ku terus berdoa' dan berharap.

Dan aku akui,
Aku lemah, lembik dan manja,
Tapi aku juga punya cita-cita,
Aku ada harapan,
Bahawa Aku ingin berubah.

Aku takkan berhenti,
Walaupun aku kerap jatuh,
Dan aku menangis,
Kerana terluka,
akanku kesat air mata ini,
Biarkan luka itu,
Aku akan bangun kembali.

Aku takkan berhenti,
Kalau perlu berseorangan,
Kalau ditinggalkan bersendirian,
Kerana aku tahu,
Allah sentiasa disisiku,
Dia sentiasa bersamaku,
Dia tidak pernah membiarkan ku.

Kerana aku sudah berjanji,
Untuk terus berusaha,
Dan terus mencuba,
Akan mencoba sedaya menjaga iman,
Kerana ia, amanahku,
sehingga aku mati..

Sunday, 13 July 2014

Palestin, Peringatan berterusan kepada seluruh Muslim

kredit gambar

Palestin,
Siapakah pemilik nama ini?
Aku telah mendengarnya sejak kecil,
Pada waktu ia sudah berdarah,
Dan hari ini,
Darahnya terus mengalir.

Aku kira, 
ianya Peringatan berterusan kepada Ummah,
Justeru darahnya tidak akan pernah kering,
Sehingga Ummah menyelamatkannya,
Dengan kekuatan ISLAM.

Sepanjang sejarah, Palestin adalah bumi yang menjadi tanda. Antara kebaikan dan kebatilan. Ketika kebaikan menguasai dunia, dia juga menguasai Palestin. Tatkala kebatilan berkuasa di Palestin, menghina dan menginjaknya, ia juga memberi tanda, kebatilan juga menyelubungi dunia.

Kerana Palestin adalah bumi kemuncak. 

Kemuncak kepada kekuasaan.