Thursday, 16 May 2019

KEKASIH HATI



Hakikat cinta, permulaannya kemahuan yang kuat. Pertengahannya adalah kebahagiaan. Dan kemuncaknya adalah kesedihan. Anda yang menangguk cinta pasti merasakannya. .

Begitu jua Ramadhan yang dikasihi. Kini kita bersukacita melaluinya. Sedang Ramadhan sudah menghitung hari meninggalkan kita. .

Hargai dia dan buktikan kasih kita kepadanya. .

Salam 11 Ramadhan. 🌹

Ambang 10 Ramadhan



Ibadah puasa pada bulan Ramadhan memasuki harinya yang kesepuluh. Kerana rasa rindu kepadanya semakin mendakap jiwa, masa mula dirasa begitu cepat berlalu.

Ya, sudah berlalu sepertiga Ramadhan. Bilangan harinya dibilang-bilang oleh segenap hati yang disimbah kerinduan ibadah dan taqarrub kepada Ar Rabbul Jalil pada bulan penuh keberkatan ini..

أياما معدودات

Monday, 6 May 2019

Erti Tawakkal; Ayat 1000 Dinar



Soalan
Salam Dato’ Seri Mufti, saya sering dengar orang sebut tentang ayat seribu dinar. Boleh terangkan kepada saya?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.
Kami bawakan di sini beberapa pandangan ulama tafsir berkaitan ayat seribu dinar ayat 2-3 dalam surah Al-Talaq. Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Maksudnya"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
                                                                                                                                                               (Surah Al-Talaq : 2-3)