Shahir dan rakan-rakannya sedang mengemas beg kargo. Ada yang membersihkan rumah, menyediakan makanan untuk solat hajat pada malamnya, mendoa'kan keselamatan untuk pulang ke Malaysia.
3
tahun sudah berlalu sejak pertama kali menjejak kaki ke bumi Mesir.
Banyak
yang telah dipelajari. Talaqqi Qur'an, talaqqi kitab dan belajar bahasa adalah
antara pengajian wajib dan telah mereka laksanakannya. Pastinya setelah melakukan perubahan dalam mengatur masa berikutan kesedaran melakukan kewajipan tersebut.
Dia telah menyelam ke laut dalam. Tapi tidak tenggelam atau lemas.
Benarlah, lemas dalam ilmu bukan seperti tenggelam dan lemas dalam lautan.
Benarlah, lemas dalam ilmu bukan seperti tenggelam dan lemas dalam lautan.
Orang yang lemas dalam lautan, pasti ingin segera ke permukaan dan terkapai pinta bantuan. Tapi orang yang lemas dalam ilmu, bukan ingin terus ke permukaan, tapi semakin lemas, semakin dalam dia menyelam. Kerana makin banyak dilihat permata dan kekayaan ilmu.
Saat itu, dia bukan memerlukan orang untuk membawanya ke permukaan, tapi memerlukan orang menuntunnya supaya pandai menyelam.
Dalam hal ini, para Ulama' lah yang sebagai penyelamat!
Sepanjang pengalaman berpersatuan, ada pelajaran yang didapati secara formal dengan
mengikuti kursus yang dianjur dan melakukan program-program. Begitu pula pelajaran tidak formal yang
diperolehnya tatkala bersama sahabat-sahabat dan senior yang tidur-bangun
mereka, makan-minum mereka, bual-bicara mereka, semuanya adalah pelajaran
berguna yang memberi seribu satu erti.
Mereka
umpama awan mendung yang menurunkan hujan setelah lama berpanas dan merekalah
juga matahari yang memanas setelah lama berhujan.