Tuesday, 19 April 2011

yang Rosak lagi Merosak bakal berGanti

BismiLlah.

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)."
(Surah Al-Baqarah: 143) 

AlhamduliLah, pada 14-16 April yang lalu usai berprogram bersama Konsultan Team Bina Insan, Ustaz Raja Izani, Sahabat-sahabat dan adik-adik peserta dari Ma'ahad Ar-Rahmah Kenali (MARK). 

Para peserta program terdiri dalam kalangan adik-adik dari tingkatan satu sehingga enam dan para pimpinan MARK.

Program Kepimpinan ini bermatlamat mencetus suatu idea pemikiran untuk memimpin, membina daya kepemimpinan. Ditarbiyah dan mentarbiyah. 


...


Cuti Semester disambung lagi


Saya sendiri tidak faham kenapa tiba-tiba cuti semester bersambung lagi untuk dua minggu. Sedikit terasa dihati, mungkin kerana cuti yang sedang berlangsung hangat dengan program(tidaklah banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan masa yang ada), maka ALlah tambahkan lagi cuti untuk program yang hampir di cancelkan kerana cuti sudah habis.


ALlah..pertanggungjawaban keatas apa yang ada ini mula menuntut untuk terus memberi. 


Semoga ALlah tidak memprogramkan beserta diprogramkan.


Generasi yang Menunggu


Persiapkan generasi masa depan. Masa depan yang cerah.

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pernah menyebut,
"ingatlah bahawa tanggungjawab yang kita pikul lebih banyak daripada masa yang ada."

Suatu kata yang biasa diucap terutamanya dikala memberi nasihat ketika hendak berkenderaan,

"Bawak baik-baik kereta, silap haribulan excdent."

Kenapa takut excdent? Apa yang paling berat selepas excdent?

MATI.

Maka berpesanlah juga,

"Jagalah baik-baik amanah, silap haribulan excdent sebelum bertaubat."

Jagalah amanah sebaik mungkin kerana setiapnya akan ditanya apa yang telah diamanahkan.

Jaga-jaga mereka yang HANYUT dengan arus sepoi-sepoi bahasa!

Diperbatasan sana, ketumbukan kami sedang bersiap siaga untuk menggempur!

 

Keyakinan kami kian memuncak,
Keimanan yang memandu kami untuk berusaha,

Syurga yang dirindui merentap keseronokkan disini.

Hati yang sekian lama menghijab,
Kini terbuka dengan janji-janji yang Pasti,

Dari ALlah Yang Maha Memastikan,

Masa Depan adalah untuk ISLAM..!

Tiada yang lain.

WaLlahua'lam.

Wednesday, 13 April 2011

AL-Qur'an menjadi Wasilah

BismiLlah..

"Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia ALlah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal".
(Surah Yunus: 58) 


AlhamduliLlah, usai sudah (7-9 April 2011) berprogram bersama ustaz, sahabat, juga adik-adik Ma'ahad Tahfiz Sains Ya'akubiah (MTSY) di Sri Aur Beach Resort. Memprogarm dan diprogram, mengajar dan belajar, mendidik dan dididik adalah suatu interaksi yang tidak boleh dipisahkan. Keduanya saling memerlukan. Mendidik tanpa dididik adalah lambang keegoan yang tinggi juga menyuburkan sifat jahil. Dididik tanpa mendidik akan membawa kepada kehancuran ummah, ekoran tiada ada yang menyuruh kepada ma'ruf, mencegah daripada yang mungkar.

Mujahidah(6);

"Abe, tengok kucing tu.." Sambil telunjuknya kepada kucing yang digilis kenderaan di jalan raya.

Saya;

"Ermm..kesian dia kena pijok(gilis) kereta".

Mujahidah;

"Ibu dia jahat tuh. Tinggal anok dio situ.."

Saya biarkan saja adik saya lantaran letih yang teramat usai berprogram.

Adik, ibu kucing bukan sengaja membiarkan anaknya digilis sedemikian. Bukan sengaja meletakkan anaknya berkeadaan begitu. Sungguh, ia diluar kudrat haiwan tersebut. Mereka bukan manusia. Hanya manusia yang sanggup melihat, membiarkan, meletakkan keturunannya begitu.

Saya bermonolog.

Menyemai Tarbiah Menyuburkan Insani

Adik-adik MTSY ialah mereka yang menghafaz AL-Qur'an. Menanggungnya, meletakkan diri mereka sebagai saf yang membentengi ummat dengan juzuk-juzuk kalamuLlah yang Maha Suci.

Tanggungan yang sedemikian rupa beratnya perlu diperjelas dan diperincikan agar air yang suci dapat menyucikan. Justeru itu kami berprogram.

Namun tidaklah pula kami menghujani mereka dengan berbagai keadaan. Sekadar membuka minda, mewajahkan diri dan akhlak dengan simfoni Islam. Bimbang tidak kena cara, lain pula yang jadi.
 
AL-Qur'an wasilah, Ukhuwwah menjadi Tanda

Sungguh, AL-Qur'an diturunkan sebagai tanda kasih dari ALlah.Menunjuki hambaNya jalan yang lurus menuju kasihNya dengan pelbagai kisah sebagai pengajaran, perumpamaan dan analogi, peringatan dan  janji-janji supaya mulut yang membaca disertakan hati sebagai ikrar, maka amal menjadi tanda.

Maka AL-Qur'an jualah yang telah menjadi surat kasih kami sebelum, ketika dan selepas berprogram.

Selamatlah bersama AL-Qu'an yang memayungi!

waLlahua'lam.