Berjalan diatas Jalan yang lurus ini, ditepinya kerap kali kita melintasi mereka yang masih meraba-raba mencari nilai diri pada makna kehidupan. Agak susah untuk terus hidup tanpa punya pengetahuan hakikat pada hidup. Entah apa yang dikejar, entah kepada siapa pula untuk mengadu sengsara.. Besyukur diberi NILAI diri pada makna HAKIKAT hidup.
Hidayah untuk terus beriman akan kebenaran Tuhan Yang Esa, mahupun Taufiq melaksanakan segala tuntutan agama ini bahawa semuanya kembali kepada ALlah yang punya hak memberi izin kepada siapapun yang dikehendakiNya untuk menikmati nikmat yang maha besar ini.
Firman ALlah yang bermaksud :
41. "...Dan sesiapa yang dikehendaki ALlah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari ALlah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang ALlah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar."
(Surah Al-Maidah: 41)