Thursday, 12 August 2010

Bila Hidayah datang Menyapa


Semiggu sebelum ketibaan Ramadhan, seorang abang dari tempat pengajian yang sama dengan saya meminta saya untuk menggantikannya mengajar di sebuah tempat tuisyen. Mengajar Al-Qur'an. 'Ustaz' saya seketika malam tersebut. Mulanya saya menolak permintan abang tersebut untuk mengajar, disebabkan saya belum punya sebarang 'modal' untuk tasmi' Al-Qur'an esoknya. Selepas lama berfikir, timbang-balik, saya fikir mungkin ada HIKMAH. Saya pun terima.

Jam sudah pukul 9.30, tapi tiada seorang pun lagi yang datang . Ketika menunggu kedatangan pelajar-pelajar, sempat juga saya hafaz sedikit untuk esok. ALhamduliLlah. Kemudian datang seorang anak murid. Terkejut.. 

Anak murid saya ialah seorang abang berumur 27 tahun yang datang dengan kereta yang agak mewah. Pakaiannya agak kemas, saya agak mungkin dia bekerja dengan kerajaan. Rupanya ini anak murid aku..Malu-malu saya pada mulanya kerana dia memanggil saya ustaz. Kemudian dia tanya umur saya, bertambah segan nak sebut yang saya baru berusia 18 tahun. 

Dia balas, 
"takde masaalah, ustaz muda. Saya baca kemudian ustaz tegur kat mana saya salah." Katanya. 

Saya hanya mengangguk. Bingung saya dengan keadaan seketika. Kemudian datang pula seorang pak cik yang berumur seorang datuk. Bertambah pelik saya dengan aturan Tuhan. Dia datang dan bersalaman dengan saya denga mulut yang tersengih. 

Dia pun berkata," ustaz muda malam ni.." sambil ketawa. 

Saya tersipu-sipu. 

Lama-kelamaan datang lagi lima orang pak cik menjadikan kesemua pelajar saya seramai 7 orang. Nasib baik saya ditemani seorang rakan setia saya yang turut mengajar Al-Qur'an pada malam tersebut, Dua daripada pak cik tersebut tidak membaca Al-Qur'an, tapi membaca buku IQRA' nombor satu. Terkejut saya 
dalam hal itu. 

Saya ajar, kemudian dia baca.. 
" a..tai..tu.. ataitu." Saya sebut. 

Pak cik itu gagap hendak menyebut perkataan tersebut. Saya sabar. Lebih daripada 10 kali saya berulang-kali menyebut perkataan itu sahaja. Letih, tapi seronok. Pak cik itu banyak kali meminta maaf kepada saya kerana ketidakpandaiannya. Saya senyum serta memberi sedikit sokongan diatas usahanya untuk belajar. 

Katanya, dia ada seorang anak yang belajar di sekolah tahfiz. Saya kaget, pelik dan berfikir, seorang anak yang belajar agama, hafaz Al-Qur'an tapi tidak boleh menolong bapanya belajar Al-Qur'an. Mengeluh saya seketika.. Inikan pula si anak tersebut hendak menegur salah-silap kedua orang tuanya. Apakah ini anak soleh? 

Pengalaman di tempat tuisyen tersebut betul-betul memberi erti nilai sebuah hidayah kepada saya. Abang yang sanggup merendahkan egonya untuk belajar kembali Al-Qur'an semata, pak cik yang mengulang-ulang kalimah-kalimah arab yang asing baginya, namun mereka tetap berusaha kerana HIDAYAH sudah menyapa mereka.  

Kerana Hidayah, menjadikan mereka berusaha. Kerana Hidayah, mereka yang terdahulu telah berjaya. Inilah juga rahsia kejayaan umat yang terdahulu. Mereka berjaya mengubah hakikat hidup mereka daripada untuk keduniaan semata, kepada akhirat yang selamanya.  
  


Anda juga punya peluang yang sama seperti mereka untuk mengecap kejayaan.  
  • Letakkan diri anda ditempat yang sepatutnya. Jadikan hamba kepada ALlah Ta'ala adalah cara hidup, khalifah ALlah sebagai peranan anda dalam setiap keadaan masyarakat.  
  • Sangkutlah kebergantungan hidup anda hanyalah kepada ALlah Ta'ala. Tidak yang selainNya.   
  • Usah berasa lemah kerana kekerdilan diri anda daripada jutaan mereka yang berjaya. Kerana bukan semua yang berjaya punya kejayaan yang sebenar. Tapi anda telah menjadikan ALlah sebagai 'tuan' anda. Maha Hebat tuan anda, pasti juga anda adalah pengikut yang hebat. Usai sahaja anda memasakkan kepercayaan tersebut didalam diri anda, saat yang kemudiaannya akan menjadikan diri anda sebagai seorang yang lebih berkeyakinan dek kebenaran yang anda yakini. 

Selepas mencapai sedikit daripada kejayaan, janganlah lupa untuk bersyukur atau anda akan kembali tersungkur. Siapa yang brsyukur, dia berjaya. Siapa yang kufur, dia merana.
Muhasabah~

Ramadhan Datang lagi..!!

Lain, memang lain. Ramadhan dua tahun yang lalu cukup seronok. Setiap tahun, kerajaan negeri kelantan akan memasang khemah terawih di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4. Dua tahun yang lalu khemahnya cukup berbeza. Semakin besar serta berhawa dingin. Daripada tahun-tahun sebelumnya tidak sampai 5oO satu-satu masa makmum terawih. Tapi sejak dua tahun yang lalu makmumnya meningkat kepada hampir 1500. Seandainya malam tersebut ada ceramah atau apa-apa program, maka makmum akan melimpah sehingga keluar. Orang 'kelate' memang suka dengar ceramah.. Suasana disana cukup meriah.Berdekatan dengan khemah terawih atau nama kawasan tersebut 'Qaryah Ramadhan' terdapat bazar ramadhan. Disana disediakan makanan untuk musafir atau fakir miskin datang berbuka puasa. Tapi selalunya ramai yang datang 'berkelah' dengan keluarga masing-masing disitu. Selama dua tahun saya sempat bekerja dengan MPKB-BRI(Majlis Perbandaran Kota Bharu-Banda Raya Islam) yang bertanggungjawab kepada qaryah tersebut. Dua tahun yang lalu semasa ditingkatan 4, saya membaca Al-Qur'an dalam program Relay Qur'an bermula dari jam 12 malam sehingga 3.30 pagi. Seronok... Suasana malam yang sungguh indah. Malamnya hidup. Anda seakan-akan berada diwaktu pagi, tapi berada didalam masjid walaupun kawasan luar daripada khemah terawih.Bermula jam 3.30 pagi, akan diadakan qiamullai. Dua orang daripada Mesir menjadi imam. Tahun lepas, saya bertugas sebagai AMILIN. Gembira. Apabila anda menyediakan makanan kepada fakir-fakir miskin untuk berbuka puasa. Sungguh, ada dalam kalangan orang yang datang berbuka puasa yang datang daripada luar kelantan mengambil cuti selama sebulan untuk datang mersai berpuasa di Bandar Raya Islam. Anda juga patut datang ke Kelantan.. Rasailah sendiri suasana meriah pada Bulan Ramadhan..Bulan Berkat, semestinya di negeri yang berkat, juga MB yang berkat, TOK Guru..

Sunday, 1 August 2010

Jangan Mudah Bersangka

Rasa kecewa bila melihat jam yang hampir-hampir masuk waktu subuh. Banyak juga saya mengeluh sebab tidak sempat untuk bersolat sunat. Selesai sahaja solat subuh, lebih kurang jam 6.45 pagi, saya buka handphone. Terkejut kecil bila tengok ada mesej waktu-waktu begini. Lebih saya terkejut bila baca mesej yang bunyinya macam tersangat marahkan saya. Mungkin sebab saya ada menulis satu artikle yang agak-agak sensitif juga. Tapi dalam ruang lingkup sekolah sahaja. Si penghantar mesej ni bukan main hebat lagi 'hentam' saya dengan kata-kata yang cuba nak menimbulkan kontroversi, " awak jangan cuba nak jaja nama saya sana-sini, jangan duk menggatal tangan nak tulis bende tu.." Saya dengan otak kecil bingung sekejap dengan tiba-tiba mesej macam ni menyapa di waktu pagi. Hendak juga saya marah, tapi saya teringat ustaz saya ada beritahu, bila kita marah syaitan akan berada disamping kita. Akal tertewas dengan nafsu, maka fikiran jadi bercelaru, kesannya keadaan akan haru biru. Saya pun istighfar seketika. Si penghantar tu sahabat saya, mesti ada yang tidak kena. Kemudian saya balas, "kenapa ni? aku dah minta kebenaran daripada kamu sendiri untuk tulis benda tu semalam." Bersamanya saya tip beberapa point menunjukkan saya sendiri sedang ambil berat hal yang dia marahkan saya. Saya bertegas jangan suka marah-marahkan orang lain tidak menentu. Akhirnya selepas berbalas-balas meseg, dia seperti boleh menerima apa yang saya lakukan. Sebabkan salah faham tadi berkenaan dengan suatu artikle yang saya tulis, saya fikir mungkin ada ramai lagi yang tersalah anggap. Hah, betul sangkaaan saya. Seorang lagi menghantar e-mail kepada saya supaya cermat dalam menulis dan amalkan ilmu yang dah dipelajari dengan baik beserta dengan sindiran, bertahun-tahun belajar masih tak reti. Saya jenuh berfikir. Syaitan dah dekat dengan hati nak melagakan kami. Saya bertenang, berIstighfar banyak-banyak. Kemudian saya balas e-mail dia, Dengan mengaku yang saya memang cetek dalam ilmu dan kerap-kali tidak mengamalkan ilmu yang ada. Saya tidak ingin menambah marahnya dengan membalas yang sebaliknya. Tapi selepas beberapa ketika yang lama saya menunggu, masih tidak berbalas-balik. Saya ingat, dia dah fikir yang saya mengaku silap dan tidak mahu berbalas tembak. Tiba-tiba tone mesej berbunyi. Saya tengok, nah! Lembut membelai ayat mesej yang dia hantar.. "Assalamualaikum, sihat? Sekarang ni berada dimana? " Saya balas pertanyaan dia dengan menambah yang saya cukup kepingin untuk bertemu dengannya kerana dia sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Dia membalas dengan bertanya, adakah saya sudah membaca e-mail yang dihantarnya. Oh, dia belum baca yang aku balas rupanya. Dengus saya. Saya menjawab, yang saya sudah baca, tapi kurang faham. Kesekian kali dia membalas bahawa mesejnya cukup mudah untuk difahami. Saya kemudian mengiakan sahaja dan minta supaya dia menjelaskan. Marah bunyi mesej yang kemudian ni. Bagi saya teguran dia tiada hikmah. Saya fikir, saya perlu selesaikan dengan segera. Cara yang sama saya guna apabila membalasnya. Gunakan alasan-alasan yang cukup banyak, beserta dengan hujah, disusun mengikut point-point. Cara saya tegas dan saya tidak beri ruang untuk dia berhujah kembali. Akhirnya, AlhamduliLlah.. Sahabat saya dapat menerima dengan baik. Rupanya ada kekeliruan disana yang dia tersilap anggap. * Janganlah terlalu mengikut emosi dalam menegur kesilapan dengan mengambil tindakan diluar lingkup HIKMAH. * Sebaiknya bertanya dahulu tentang perkara yang kurang jelas agar tidak tersalah faham. Moga-moga jika tersilap, betul apa yang ingin ditegur. Jika betul, tepat apa yang ingin dipuji. * Ikatan ukhuwwah yang erat sepatutnya lebih mendatang kasih-sayang daripada benci-membenci.