Friday 25 July 2014

Janji Malam Terakhir Ramadhan



Terinspirasi daripada lagu kumpulan Wali Band. Tapi liriknya lain.

Saya pula lebih menghayatinya dengan maksud yang tersendiri. 

Ramadhan sudah hampir berlalu.

Apakah Allah akan terus mencurah rahmatNya setelah Ramadhan ini? Apakah kita akan menjadi baik dan soleh seperti dalam Ramadhan, selepas ini?

Kadang-kadang, rasa seperti ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah dulu.

Setelah tawaf perpisahan, solat sunat, minum air zam-zam dan berdoa,kemudian istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan mengucupnya atau mengisyarat jika tidak dapat mengucupnya.

"Setelah itu berjalan keluar dari Al-Haram dalam keadaan muka menghadap ke arah pintu dan berpaling berkali-kali ke Kaabah, teragak-agak untuk meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala."


Bilakah kita akan berjumpa lagi?



Aku takkan berhenti,
Walau peritnya cubaan mendatang,
Payahnya nak berbuat amal,
Pedihnya menahan cacian,

Aku takkan berhenti,
Walau doa' belum dimaqbul,
Cahaya belum kelihatan,
Pintaku belum dijawab.
Tapi akan ku terus berdoa' dan berharap.

Dan aku akui,
Aku lemah, lembik dan manja,
Tapi aku juga punya cita-cita,
Aku ada harapan,
Bahawa Aku ingin berubah.

Aku takkan berhenti,
Walaupun aku kerap jatuh,
Dan aku menangis,
Kerana terluka,
akanku kesat air mata ini,
Biarkan luka itu,
Aku akan bangun kembali.

Aku takkan berhenti,
Kalau perlu berseorangan,
Kalau ditinggalkan bersendirian,
Kerana aku tahu,
Allah sentiasa disisiku,
Dia sentiasa bersamaku,
Dia tidak pernah membiarkan ku.

Kerana aku sudah berjanji,
Untuk terus berusaha,
Dan terus mencuba,
Akan mencoba sedaya menjaga iman,
Kerana ia, amanahku,
sehingga aku mati..

Sunday 13 July 2014

Palestin, Peringatan berterusan kepada seluruh Muslim

kredit gambar

Palestin,
Siapakah pemilik nama ini?
Aku telah mendengarnya sejak kecil,
Pada waktu ia sudah berdarah,
Dan hari ini,
Darahnya terus mengalir.

Aku kira, 
ianya Peringatan berterusan kepada Ummah,
Justeru darahnya tidak akan pernah kering,
Sehingga Ummah menyelamatkannya,
Dengan kekuatan ISLAM.

Sepanjang sejarah, Palestin adalah bumi yang menjadi tanda. Antara kebaikan dan kebatilan. Ketika kebaikan menguasai dunia, dia juga menguasai Palestin. Tatkala kebatilan berkuasa di Palestin, menghina dan menginjaknya, ia juga memberi tanda, kebatilan juga menyelubungi dunia.

Kerana Palestin adalah bumi kemuncak. 

Kemuncak kepada kekuasaan.