Monday 30 December 2013

Malaysia-Mesir TURUN



Saya kira, hari ini kebanyakkan rakyat Malaysia telah mula menikmati Rahmat kemenangan Umno-BN sekali lagi. 

Anda kenal Mesir?

Apa sudah jadi kepada Mesir pada hari ini?

Anda mahu jadi seperti Mesir?

Mesir pada hari ini, punyai antara negara yang paling ramai kadar Buta Huruf. 

Mesir hari ini antara paling ramai penganggur. 

Walaupun minyak mereka banyak. Menjadi pengeluar gandum dan lain yang saya sendiri tidak tahu. Tapi apa yang saya tahu, cukup banyak dan anda boleh cari dalam GoOgle.

Kenapa begitu? 

Thursday 26 December 2013

Tentang Masa



"Sabarlah duhai diri. Kalaupun dunia ini tiada lagi tempat untukmu, akhirat jua sebenar-benar tempat mengharap bahagia."

Kata-kata keramat untuk memotivasikan diri supaya terus bertahan dengan dugaan dunia yang hampir-hampir tidak masuk akal.

Ya ALlah, saksikanlah bahawa Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk mendekatkan diri kpd-Mu..

Siapa saja boleh dan perlu ada kata-kata untuk diri sendiri. Asalkan selari dengan kewujudan hakikat dirinya, iaitulah agama ini.

Masa!

Firman ALlah SWT yang bermaksud;

"Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-'Asr: 1-3)

Itulah sukatan yang kita gunakan untuk pendakian ini.

Tentu ada hikmah yang besar, apabila ALlah SWT menggabung-jalin antara masa dan kerugian. Kemudian ALlah berikan kata laluan, supaya kerugian itu dapat diatasi. Supaya kebuntuan menghadapi hari-hari yang rugi dapat dipecahkan, iaitulah dengan menjadi seorang yang beriman dan berAmal-soleh.

Orang beriman pasti tahu, bagaimana 'time management' yang terbaik buat mereka.

Ya, setiap daripada kita pastinya mggunakan 'masa' sebagai aras sesuatu perkara. Bayangkan kalau tiada masa, tentu kucar-kacir jadinya.

Tempoh masa pula adalah ruangan untuk berusaha dan bersabar. Disana ada masa mula, tempoh masa kemudiannya masa akhir.

Baligh adalah masa mula. Sehingga tiba saat kematian atau kiamat menjadi masa tamat kepada permulaan.

Namun, ALlah sentiasa memberi peluang kedua, ketiga malah peluang itu sentiasa terbuka sehinggalah kebanyakkan manusia sendiri yang menolak peluang yang ditawarkan.

Masa mula kerap kali berubah tatkala manusia 'bertaubat'.

# Mulakan Pengiraan. 1, 2, 3..

Tahun 2014 pula menanti kita bagaimana untuk corakkan. Dan katanya, ia adalah tahun sengsara bagi rakyat Malaysia khususnya.

WaLlahua'lam.